Tuesday, April 26, 2011

mengambil daripada;
IKHTILAT(PERCAMPURAN @ PERGAULAN BEBAS) MENURUT HUKUM ISLAM

by Rakan Masjid Usmkk on Monday, 25 April 2011 at 08:03


APA YANG SALAH???



Hati kita sering tertanya2... Apa yang salahnya ikhtilat ini?? Dimanakah salahnya ikhtilat ini??? Mengapa salah??








(Allahumma aarinal haqqan haqqa warzuqnattibaah, wa aarinal batilan batila warzuqnajtinaabah. Ya Allah, Kau tunjukilah kami KEBENARAN sebagai BENAR dan rezekikanlah kami mengikutinya, dan Kau tunjukilah kami KEBATILAN sebagai BATIL dan rezekikanlah kami untuk menghindarinya. Ya Allah, ketuklah pintu hati ini dengan sapaan iman dan hidayah Mu.)



Berbalik kepada persoalan, apa yang dilarang??



[ 1 ] MELIHAT النظر- -

" Katakanlah kepada lelaki2 yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka...... dan katakanlah kepada perempuan2 beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka"

Surah An-Nur 30-31



Sabda Rasulullah SAW :

" Wahai Ali janganlah pandangan yang kedua menuruti pandangan yang

pertama kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagi kamu

sedangkan yang kedua itu dosa ke atasmu"

Riwayat Ahmad,Abu Daud,Tarmizi



[ 2 ] SENTUH – المسح -

Sentuhan amat beracun kerana lelaki dan perempuan mempunyai kuasa magnet yang positif+negetif. Ada kutub utara+kutub selatan. Dalil sudah sedia maklum tentang pengharaman sentuhan lelaki/perempuan.



[ 3 ] BERCAKAP LEMBUT – الحضوع في القول –

" Dan janganlah kamu ( isteri2 nabi) berkata lembut dan manja serta melunakkan suaramu ketika berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan ucapkanlah dengan perkataan yang baik."

Surah Al-Ahzab 32



[ 4 ] TIADA PENDINDING ( HIJAB )

" Dan apabila kamu meminta sesuatu y harus diminta dari mereka(isteri2 nabi) mintalah dari sebalik tabir. Cra demikian lebih baik bagi hati kamu dan hati mereka"

Surah Al-Ahzab 53



[ 5 ] KHALWAT

" Tidak boleh bersunyi dari kamu dengan perempuan dan tidak boleh bermusafir seorang perempuan melainkan bersamanya muhrim"

Riwayat Imam Bukhari



PECAHAN IKHTILAT



Seperti yg bincangkan diatas,Islam meletakkan garis panduan etika bagi masalah ikhtilat ini. Ikhtilat pula terbahagi kepada 2 iaitu :

[ 1 ] Ikhtilat ghoiri syar'ie

[ 2 ] Ikhtilat syar'ie



IKHTILAT GHOIRI SYAR'IE (ikhtilat yg dilarang dlm agama)

1- Percampuran yang boleh menghilangkan maruah

2- Percampuran yang boleh menimbulkan fitnah

3- Bercanggah dengan adat dan adab etika Islam

4- Bukan berhajat. Yakni tidak mempunyai sebarang hajat.

5- Tidak ikut adab Islam. . Ikhtilat seperti ini hendaklah dicegah jika bertepatan dengan syarat.



IKHTILAT SYAR'IE (ikhtilat yg dibenarkan dlm agama)

. Mempunyai hajat

· Tempat menuntut ilmu

· Medan jihad

· Gerakan dakwah. Amar makruf nahi mungkar

· Menziarah

· Menghadiri jemputan. Cth: Kenduri kahwin dlll

· Menunaikan haji dan Umrah

· Musafir syar'ie

· Muhasabah kepimpinan. Cth: Mesyuarat agung,pembentangan

· Menjadi saksi

· Menyaksikan hukuman. Cth: Menyaksikan hukuman hudud



SYARAT2 IKHTILAT



1- Tidak bersentuhan

2- Menjaga aurat

3- Menjaga adab bercakap

4- Mengasingkan tempat ( Pada tempat2 tertentu )

5- Dibawah kawalan orang yang dipercayai dan siqah.



BEZA ANTARA IKHTILAT DAN KHALWAT



IKHTILAT



Seorang lelaki & seorang perempuan berada bersama di tempat terbuka.

§ Cth : Di pasar/bank/sekolah @ tempat awam semasa berurusan.

2 atau lebih lelaki dan perempuan berada bersama dan tidak berniat untuk berkhalwat walaupun berada di tempat tertutup atau sunyi

§ Cth : Bermesyuarat dlm bilik khusus,belajar di kelas/dewan kuliah.



KHALWAT



Seorang lelaki dan perempuan berada bersama di tempat tertutup/sunyi.

§ Cth : Sudah sedia maklum dah......Dlm bilik/hotel berdua2an.

2 atau lebih lelaki dan perempuan berada bersama dan berniat untuk melakukan khalwat ditempat tertutup/sunyi.

§ Cth : Sekumpulan lelaki&perempuan berpakat berkhalwat dalam dewan tertutup walaupun dalam jumlah yg ramai.





diharap penulisan ini dapat membantu sahabat2 untuk lebih memahami kondisi sebenar yg sering terpaksa kita tempuhi dalam kehidupan seharian kita, allahu 'alam

p/s: di manakah sy berada??? bnyk rasanya yang perlu diperbaiki.. mudah2an lebih baik INsyaAllah...
p/s: buat patient2 saya suka hati kamulah...kalau rasa nak ditolong.. datang...

No comments:

Post a Comment